RAHSIA ILMU

Nov 26

Ilmu Ghaib



ILMU UNTUK MENGELAK ORANG TARIK KERETA   

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti tajuk yang diatas, ilmu ini juga adalah yang diminta oleh pengunjung-pengunjung dalam web saya ini. Ilmu ini perlulah dibuat secara berterusan atau secara istaqomah ianya merupakan doa bertujuan supaya kereta atau kenderaan tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Ilmu ini bukan hendak untuk mengelakan lari daripada hutang. Cuma pada masa-masa tertentu kita tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar hutang kereta (loan kereta) akan tetapi didalam hati kita mempunyai niat ingin membayar hutang kereta tersebut setelah mempunyai wang yang cukup untuk membayarnya.

Selain daripada itu khasiat yang lain insyallah jika ada dibeban oleh hutang dan orang yang memberi hutang mengugut atau ingin niat ingin mencederakan maka insyaalah orang itu tidak dapat berbuat demikian. Serta banyak kelebihannya jika anda beramal dengan ilmu ini tetapi sekali lagi ilmu ini perlu dilakukan secara berterusan bukan sekali amal sahaja insyallah ia akan membuahkan hasil.

 ILMU UNTUK MENGELAK DARI DILIHAT 

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Ilmu ini sangat berguna kepada saudara-saudari. Baru-baru ini ada hamba allah yang menghadapi hutang yang sangat meruncing dimana orang yang memberi hutang dengan niat ingin mencederakannya saya telah memberi ilmu ini kepada beliau untuk dimanfaat dan di amalkan walaupun orang yang memberi hutang itu berada dipesekitaran akan tetapi beliau seperti tidak kelihatan.

Banyak lagi kelebihan dengan ilmu ini bukan sahaja untuk individu yang mengalami masalah hutang banyak lagi kegunaannya seperti orang yang ingin membuli, menyeksa, orang ingin tarik anda tidak dapat melihat kenderaan anda dan banyak lagi kegunaannya. Amalan ilmu ini mudah sahaja bagi mereka yang rajin dan sukar bagi mereka yang malas.

News